CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 16 Mac 2013

Pemeriksaan dan Ceramah Pergigian

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Pada 8 Mac 2013, jururawat pergigian daripada Jabatan Pergigian Klinik Kesihatan Teluk Intan telah mengadakan ceramah dan pemeriksaan pergigian ke atas anak-anak PERMATA NEGARA Teluk Intan, Perak. Alhamdulillah, semua anak PERMATA telah memberikan kerjasama yang baik kepada jururawat yang datang pada hari tersebut. SYABAS anak-anak ! ^_^



















Terima kasih diucapkan kepada jururawat yang telah datang ke PAPA kami. Tahun depan datang lagi ye..

Isnin, 21 Mei 2012

Program Gotong Royong & Hiasan Sudut PERMATA Teluk Intan


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Beberapa aktiviti telah dilaksanakan pada tahun 2012 ini. Faktor kesuntukkan masa membataskan pengemaskinian blog PERMATA ini. Harap dimaafkan. Pada bulan Mac yang lepas, Persatuan Ibu Bapa Dan Pendidik (PIBP) PAPN Teluk Intan telah mengadakan Program Gotong Royong & Pertandingan Hiasan Sudut PAPN Teluk Intan.

Aktiviti Bulan Mac 2012 bertemakan Taska Saya. Untuk aktiviti kali ini, para ibu dibahagikan kumpulan dan perlu menghias sudut-sudut yang terdapat di PAPN Teluk Intan seperti Sudut Kerohania, Sudut Kreativiti, Sudut Literasi & Muzikal dan juga Sudut Dapur. Alhamdulillah kehadiran para ibu sangat memuaskan. Kaum bapa yang hadir pada hari itu juga bergotong royong mencuci katil anak-anak dan juga membersihkan tingkap sekolah. 

Jutaan terima kasih daripada pendidik PAPN Teluk Intan terhadap sokongan dan bantuan yang tidak berbelah bagi daripada pihak ibu bapa anak-anak PERMATA Teluk Intan. Syabas buat semuanya. Pertandingan Hiasan Sudut juga di adili oleh dua juri jemputan daripada SK Sultan Idris. Tahniah buat semua pemenang. Bagi kami anda semua adalah pemenang bagi pertandingan ini. Terima kasih juga buat pendidik yang terlibat iaitu Cikgu Intan, Cikgu Mai, Cikgu Adibah dan juga Ckgu Wani yang bertungkus lumus memastikan aktiviti kali ini diadakan dengan jayanya. ^_^

PERMATA Teluk Intan telah berubah menjadi ceria dan cantik hasil sentuhan para ibu bapa yang sporting!!!!

PERMATA Teluk Intan yang berubah wajah. CERIA ♥
Sebelum memulakan majlis

Anak-anak PERMATA yang berani tampil ke hadapan untuk menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Perak, PERMATA NEGARA dan juga 1 Malaysia.

Para ibu yang terlebih excited melihat anak-anak menyanyi lagu PERMATA ^_^

Anak PERMATA yang sporting ^_^

Kita makan dulu sebelum mengerah tenaga untuk menghias sudut! ^_^

Hadiah untuk para pemenang dan juri jemputan dari SK Idris

Sudut Kreativiti memulakan idea kreatifnya.

Peserta Sudut Muzik & Literasi yang sangat dedikasi

Sebelum dan Selepas - Sudut Kerohanian

Sebelum dan Selepas - Sudut  Dapur

Sebelum dan Selepas - Sudut Kreativiti


Pemenang PERTAMA  - Sudut Kerohanian bersama guru pendidik PERMATA TELUK INTAN

Pemenang KEDUA  - Sudut Muzik & Literasi  bersama guru pendidik PERMATA TELUK INTAN
Pemenang KETIGA  - Sudut Dapur bersama guru pendidik PERMATA TELUK INTAN

Pemenang KE EMPAT  - Sudut Kreativiti bersama guru pendidik PERMATA TELUK INTAN

Para Pendidik PERMATA Teluk Intan bersama juri dan Pengerusi PIBP - En. Jaafar